Pengenalan IR 4.0

 Berikut merupakan penerangan berkaitan video Teknologi IR 4.0

https://www.youtube.com/watch?v=vOfvI1gP0DU

Pada zaman moden kini, segalanya memerlukan peranti untuk berhubung sesama manusia dengan cepat. Data dan informasi yang bermula dari penghantar sehingga kepada penerima kurang dari sesaat. Jika kebiasaannya data bergerak melalui komputer dan telefon pintar tetapi hari ini data boleh dipindahkan dengan cara satu mesin ke mesin yang lain. Istilah ini dipanggil M2M (Machine to Machine). Inilah yang dihuraikan oleh Klaus Schwab, pengasas Forum Ekonomi Dunia atau World Economic Forum dalam bukunya, The Fourth Industrial Revolution. M2M hanyalah sebahagian daripada Revolusi Industri 4.0 merangkumi skop yang lebih luas yang akan kita bincangkan.


Keseluruhannya, Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) ialah automosi berterusan dalam sektor pembuatan dan perindustrian tradisional, menggunakan teknologi pintar moden. Pendedahan media massa berkaitan IR 4.0 telah membuatkan dari segala lapisan masyarakat berfikir bahawa pentingnya hal ini.  Oleh disebabkan indusri 4.0 semakin membangun, terdapat individu yang merasa perubahan besar akan berlaku dan boleh menimbulkan perasaan bimbang, cemas dan takut. Antara teknologi baharu dalam IR 4.0 yang dikenalpasti adalah seperti, Internet Of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik, siber keselamatan dan cloud yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

No comments:

Post a Comment