1.2 CLOUD COMPUTING
Cloud computing adalah istilah untuk menjelaskan jaringan komunikasi berskala besar melalui komputer. Ia merupakan sistem kawalan jauh dimana sahaja melalui internet. Contohnya dalam sektor e-dagang. pembeli boleh memesan barang yang dipesan secara atas talian. Ia dibantu oleh data yang dihantar oleh sensor di Gudang dan van penghantar kepada pengkalan data di dalam sistem Cloud.
1.2.1 Kelebihan
1.2.1.1 Menjimatkan kos
Cloud computing telah banyak membantu menjimatkan kos pada modal yang besar sekali gus memberi keuntungan kepada perniagaan. Hal ini kerana, perniagaan tidak perlu bersusah payah untuk memasang aplikasi atau server dalaman. Tanpa server dalaman, kos operasi untuk menjalankan dan mengekalkannya dihapuskan. Jika server hadir secara fizikal ia kan memakan perbelanjaan yang besar.
1.2.1.2 Kebolehpercayaan
Infrastuktur Cloud computing sangat efisien dalam memenuhi keperluan beberapa pelanggan dan mengekalkan konsistensinya dalam fungsi perkhidmatannya. Penyedia perkhidmatan Cloud computing kebiasaannya memastikan jaminan sokongan teknikal sepanjang masa kontrak dan 100 peratus ketersediaan dan penyelengaraan server.
1.2.2 Kekurangan
1.2.2.1 Sistem tergendala
Oleh disebabkan kepadatan pelanggan dalam satu masa, penyedia perkhidmatan mungkin menghadapi gangguan teknikal. Kita juga amat mementingkan dengan mutu kualiti internet yang bagus supaya dapat mengakses data, buka perisian atau aplikasi di cloud.
1.2.2.2 Kawalan terhad
Keburukan yang lainnya ialah sesebuah organisasi hanya mendapat mempunyai kawalan akses yang terhad pada data, alat dan aplikasi kerana cloud dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan. Pelanggan tidak mendapat kawalan yang optimum kerana aksesnya terbatas. Pelanggan mungkin tidak mempunyai akses ke perkhidmatan pentadbiran utama.
.jpg)
No comments:
Post a Comment