1.1 ROBOTIK
Pengunaan robot dalam membuat kerja pengilangan bukanlah perkara yang baru. Dengan kemajuan teknologi terkini dalam penciptaan robot ianya akan menjadi lebih autonomi, fleksibel dan berkeupayaan untuk menangangi tugas yang terbatas oleh manusia mahupun operasi seharian. Teknologi robot ini boleh diprogramkan supaya beroperasi dalam persekitaran kerja seperti manusia serta untuk melakukan kerja yang rumit serta meningkat kualiti dan produktiviti produk (Chu, Jung, Lim & Hong, 2013). Memahami arahan dan bertindak mengikut tugas yang diberi. Tenaga kerja yang tidak terbatas.
1.1.1 Kelebihan
1.1.1.1 Mengurangkan risiko
Robotik dapat menggantikan manusia untuk menjalankan kerja-kerja yang berisiko tinggi. Contohnya, robot humanoid dapat membantu kita untuk membersihkan bahagian yang tinggi seperti tingkap dan kipas. Selain itu, robot disposal yang boleh dikawal dari jauh untuk menyahaktifkan bom.
1.1.1.2 Cepat dan tepat
Robotik juga dapat menjalankan tugas yang diberi dengan cekap dan tepat seperti yang telah diprogramkan. Robot tidak akan bergantung kepada keadaan fizikal dan stamina.
1.1.2 Kekurangan
1.1.2.1 Tidak fleksibel
Walaupun begitu, penggunaan robot juga memberi impak negatif kita, contohnya robot tidak dapat bekerja fleksibel seperti manusia. Hal ini dapat dilihat robot tidak mampu untuk melakukan kerja selain yang telah diprogramkan. Memerlukan kos yang tinggi untuk menukar kepada program yang baru.
1.1.2.2 Menjadi berat tulang
Penggunaan robot juga dapat mengakibatkan manusia akan bergantung kepada robot untuk melakukan pelbagai kerja sehingga membuatkan kita menjadi berat tulang dan kurangnya skill individu.
.jpg)
No comments:
Post a Comment